Thursday, October 30, 2014

Mealshake Shaklee Tidak Selamat Untuk Kanak-Kanak?

OKTOBER PROMOSI MEALSHAKE !
 
Uii ramai sungguh  yang menaikkan promo Mealshake Shaklee kan dan yang pasti lepas, tak kurang jugalah sebilangan orang mula mempersoalkan status Mealshake Shaklee ni terutama isu selamat atau tidak untuk diambil oleh kanak-kanak.
 
JOM SAYA KONGSI .. LUANGKAN MASA YA !
 
 
Mealshake Shaklee sememangnya salah satu produk yang dihasilkan oleh Shaklee untuk kanak-kanak walaupun sebenarnya ia boleh diamalkan oleh orang dewasa juga. Pada mereka yang masih belum kenal, Mealshake Shaklee ni juga sebenarnya adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang :
    1. Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan untuk tumbesaran yang sihat
    2. Merupakan sumber terbaik serat dan protein
    3. Membekalkan kalsium harian yang diperlukan badan
    4. Index glisemik rendah membuatkan glukosa dilepaskan secara perlahan-lahan dan teratur bagi kegunaan sel badan.
Jadi kenapa ada yang kata Mealshake Shaklee tidak selamat untuk kanak-kanak ?? Cer ceta ..

Isu 1: Mealshake Shaklee ada Maltodextrin

Isu utama yang diperkatakan adalah disebabkan Mealshake Shaklee mengandungi Maltodextrin di dalamnya. Jadi sebelum melalut menuduh Mealshake Shaklee tidak selamat, kita kenalah tengok dulu apa itu Maltodextrin.
 
Maltodextrin adalah bahan tambahan (additive) yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai ‘thickener’ atau ‘filler’. Tapi hakikatnya Maltodextrin adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli dan gandum. Jadi maltodextrin ni bukannya bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang. Ia diekstrak dari makanan asas kita juga. Ia memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti Mealshake Shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan ‘glucose’ dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai Indeks Glisemik tinggi.
 
Memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan Indek Glisemik nya tinggi , Maltodextrin akan diserap dengan cepat oleh badan dan ditukarkan menjadi ‘glucose’ di mana jika tidak digunakan oleh sel badan, ia akan bertukar menjadi lemak. Itu sahaja keburukan Maltodextrin. Makanya jika nak ambil makanan yang mempunyai kandungan Maltodextrin yang tinggi, ambil lah selepas anda bersenam kerana ketika itu badan anda memerlukan ‘sugar’ atau ‘glucose’ dengan capat dan Maltodextrin boleh bekalkan kepada tubuh anda.
 
Untuk info lanjut berkaitan Maltodextrin, anda boleh lah jenguk di What is Maltodextrin dan Is Maltodextrin Bad For You?

Isu 2: Kandungan gula (‘sugar’) dalam Mealshake Shaklee

Mealshake Shaklee Tidak Selamat
 
Isu kedua yang diperkatakan adalah kandungan gula atau ‘sugar’ dalam Mealshake. Ia menjadi isu kerana di pelekat ‘Ingredients’ pada Mealshake, tertulis untuk serving per 100g, Mealshake Shaklee membekalkan 47.1g gula (‘sugar’) yang mana agak tinggi untuk kanak-kanak.
 
Ya ia memang tinggi jika kita beri anak kita makan 100g Mealshake Shaklee sehari. Tetapi panduan pada botol Mealshake Shaklee sendiri sudah tertulis Serving Size yang dicadangkan hanyalah 34g di mana ia mengandungi cuma 16.0g gula (‘sugar’). Memang Shaklee sendiri tidak suruh ambil 100g sehari. Shaklee cuma suruh ambil 34g sehari iaitu bersamaan dengan 1/4 cup.
 
Jadi adakah Mealshake Shaklee yang tidak selamat atau kita sendiri tidak ikut panduan makan yang betul ?? Fikir sendiri lah ya ...

Isu 3: Mealshake tidak sesuai untuk anak bawah 4 atau 6 tahun

Jika ditanya kebanyakan pengedar, ramai yang akan jawab Mealshake Shaklee boleh diberi kepada anak berusia 1 tahun ke atas. Jadi isu ketiga yang timbul adalah Shaklee tidak pernah mengatakan ia selamat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun. Apa yang anda harus tahu, serving size 34g dicadangkan oleh Shaklee itu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan anak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang.
 
Jadi semestinya usia 1 tahun sistem penghadamannya masih belum matang. Di sinilah ibu harus menggunakan kebijaksanaan ibu sendiri. Untuk anak-anak bawah 4 atau 6 tahun, jika mahu diberikan Mealshake Shaklee, kita ada panduan pengambilan yang khusus. Panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang.
 
Nak tahu pengambilannya?
 
Sila berhubung dengan pengedar Shaklee anda. Jika anda customer saya, hubungi saya dan pasti saya berikan pada anda.
 
Tapi pada saya itu bergantung kepada penilaian ibu. Jika anda tidak yakin walaupun sudah ada panduan pengambilan Mealshake Shaklee yang betul mengikut umur anak anda, usah berikan kepada anak anda. Tapi jika anda yakin, pastinya Mealshake Shaklee pilihan tepat untuk kesihatan seharian anak anda. Mudahkan ! Terpulang pd keyakinan anda ya.
 
Jadi harapnya terjawablah isu Mealshake Shaklee tidak selamat ni ya. Pada saya terpulang pada ibu2 sendiri.
 
[KISAH SAYA SENDIRI]
 
Sejujurnya, walau rasa terlambat .. saya tetap berikan anak saya Mealshake Shaklee sejak usianya 3 thn, itu pon setelah puas mencuba pelbagai produk2 susu yg ada dipasaran. Nak dijadikan cerita .. anak saya ni ada ASMA dan tak minat minum susu sejak berusia 1 tahun lebih. Belilah susu murah smpi ke susu yg mahal, dia tetap tak mahu. Bayangkan .. sebagai ibu saya memang risau giler. Berat badan turun, makan pon tak berselera. Bila kena ASMA, compom ke klinik .. masuk gas jgn ckp la. Mmg sedih sangat2 ..
 
Tapi tu dulu .. skrg tidak lagi ! hehehe .. bahagia sudah.
 
Dengan Mealshake dan dibantu dengan OMEGA GUARD, Alhamdulillah semuanya.
 
Dan sebab itu saya sangat2 cadangkan pengambilan Mealshake kepada ibu-ibu semua.  Mealshake mmg TERBAIK !
 
Anda berminat dapatkan 'SPECIAL PROMOT' untuk Mealshake dengan harga gerenti terbaik !
 
 
 
Jom hubungi saya SID anda
 
NANI RAZAK
SMS/WASSAPP 0197995527
Area : Kangkar Pulai, UTM Skudai

No comments:

Post a Comment